Sebanyak 383 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,030,696.

Jumlah kes aktif pula sebanyak sebanyak 11,414, turun 14.8 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (149)

  • Kuala Lumpur (42)

  • Kedah (25)

  • Sarawak (25)

  • Melaka (24)

  • Negeri Sembilan (24)

  • Perak (19)

  • Johor (16)

  • Pulau Pinang (16)

  • Putrajaya (11)

  • Pahang (10)

  • Kelantan (8)

  • Sabah (8)

  • Terengganu (4)

  • Perlis (1)

  • Labuan (1)

Sebanyak lapan lagi kematian dilaporkan, dengan 1 kes kematian ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan/hospital.

Sejak wabak Covid-19 melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,883 kematian direkodkan.

Berikut adalah butiran kematian di negeri-negeri dengan Selangor mencatatkan njumlah tertinggi iaitu tiga orang dan diikuti masing-masing dua orang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur manakala Perak mencatatkan satu kematian.

Sebanyak 607 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 28 daripada mereka sedang ditempatkan di unit rawatan rapi.