Sebanyak 380 lagi kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,031,076.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 11,412, turun 11.7 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (88)

  • Kuala Lumpur (67)

  • Sarawak (51)

  • Kedah (23)

  • Melaka (23)

  • Negeri Sembilan (20)

  • Perak (19)

  • Johor (15)

  • Terengganu (15)

  • Sabah (14)

  • Pahang (12)

  • Putrajaya (9)

  • Kelantan (8)

  • Labuan (8)

  • Pulau Pinang (7)

  • Perlis (1)

Sebanyak sembilan lagi kematian berkaitan dengan Covid-19 dilaporkan, semalam.

Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,892 kematian berkaitan Covid-19 direkodkan.

Negeri-negeri yang mencatatkan kadar kematian itu adalah lima orang di Kuala Lumpur, tiga di Selangor dan seorang di Melaka.

Sebanyak 542 pesakit Covid-19 masih sedang menerima rawatan di hospital dengan 26 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.