Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 320 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,032,146.

Menurut data KKM, kes aktif kini berjumlah 10,937, turun 8.9 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah jangkitan baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (105)

Kuala Lumpur (53)

Sarawak (25)

Melaka (24)

Pulau Pinang (18)

Perak (17)

Johor (15)

Putrajaya (13)

Kedah (12)

Negeri Sembilan (10)

Pahang (9)

Sabah (6)

Labuan (5)

Kelantan (4)

Terengganu (3)

Perlis (1)

Tiga lagi kematian dilaporkan semalam iaitu dua di Sarawak dan satu kematian di Kedah.

Sepanjang minggu lalu, purata lima orang dilaporkan meninggal dunia berbanding empat kematian dalam tempoh 30 hari lalu.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,908 kematian direkodkan di seluruh negara,

Sementara itu seramai 453 pesakit Covid-19 dirawat di hospital di mana 17 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi.