227 kes baru Covid-19, enam lagi kematian
Sebanyak 227 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam dengan enam lagi kematian dilaporkan.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes aktif kini berjumlah 10,331, turun 12.2 peratus berbanding 14 hari lalu.
Jumlah kes baru Covid-19 berdasarkan negeri adalah seperti berikut:
Selangor (69)
Kuala Lumpur (33)
Johor (18)
Perak (16)
Kedah (15)
Sarawak (14)
Kelantan (13)
Melaka (13)
Terengganu (10)
Sabah (8)
Negeri Sembilan (7)
Pulau Pinang (4)
Putrajaya (4)
Pahang (3)
Sementara itu daripada enam kematian yang dilaporkan semalam, dua berlaku di luar hospital atau bought-in-dead (BID).
Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,914 kematian direkodkan di seluruh negara.
Seramai 457 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 21 orang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital akibat Covid-19 semalam dicatatkan di Sabah (60) diikuti Selangor (41) dan Kedah (17).
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/12/15e65216b98550218b9e1f2c950f665e.jpg)
