Menteri Pengangkutan Anthony Loke memohon masa bagi menaik taraf sistem pengangkutan awam.

“Bukan lepas tukar menteri semua masalah akan selesai pada hari berikutnya. 

“Saya bukan Superman, dengan semua akan baik selepas satu pemeriksaan mengejut terhadap pengangkutan awam,” kata setiausaha agung DAP itu.

Loke berkata demikian dalam wawancara dengan radio berbahasa Cina AiFM , yang dipetik oleh lidah rasmi DAP The Rocket.

Anthony Loke

Loke berkata dia mahu memberikan mesej kepada orang ramai bahawa menteri mendengar masalah mereka dan memahami kebimbangan dan kesengsaraan rakyat.

Bagaimanapun katanya dia sentiasa memberi fokus untuk untuk menyelesaikan masalah rakyat walaupun bukan melalui penyelesaian serta-merta.

“Ini cabaran saya beri pada diri sendiri. 

“Sama ada saya boleh laksanakan atau tambah baik, ia memerlukan satu tempoh masa untuk dibuktikan,” kata anggota parlimen Seremban.

Sementara itu, Loke berkata indeks prestasi utama akan ditetapkan dalam sektor pengangkutan.

“Sebagai contoh berapa jauh kereta api boleh bergerak selepas rosak sekali.

“Jika jaraknya lebih jauh berbanding sebelum rosak, bermaksa standarnya telah meningkat,” katanya.

Mengambil contoh di negara jiran Singapura, Loke berkata kereta api di republik itu hanya rosak lima minit selepas bergerak sejauh 2 juta kilometer.

“Standard itu mungkin sangat jauh lagi untuk kita pada masa ini, tetapi kita akan gunakan pengukuran jenis ini pada masa depan,” katanya.