Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mayat dikerat dalam bag ditemukan di tepi lebuh raya
Diterbitkan:  Jan 17, 2023 6:22 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

Sebuah bag hitam yang mengandungi beberapa bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya Utara Selatan (Plus), berhampiran susur Rawang Selatan di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa'aton Abu Bakar berkata beg berkenaan ditemukan orang awam pada kira-kira 11.30 pagi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemukan beberapa bahagian badan (bahu ke pinggang) yang dikerat tanpa bahagian kepala dan kedua-dua tangan dalam bagasi itu.

“Identiti mangsa belum dikenal pasti dan anggota badan berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata setakat ini polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS