Sebanyak 318 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,033,943.

Bagaimanapun tiada kes kematian dilaporkan.

Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes aktif kini ialah sebanyak 10,377, turun 9.1 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (94)

W.P. Kuala Lumpur (71)

Sarawak (20)

Melaka (17)

Sabah (16)

Johor (15)

Terengganu (13)

Kedah (12)

Negeri Sembilan (12)

Perak (12)

Pulau Pinang (11)

W.P. Putrajaya (11)

Pahang (8)

Kelantan (6)

Perlis (0)

W.P. Labuan (0)

Sejak minggu lepas, purata tiga orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak ini, berbanding empat orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu, sekali gus menunjukkan trend penurunan.

Bulan lalu sebanyak 169 kematian dilaporkan berbanding 209 kematian pada bulan November.

Sejak pandemik ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,923 kematian akibat Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

.