Umno isytihar tempoh bertenang bagi tangani kemelut politik Sabah
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengisytiharkan bahawa Umno mengambil tempoh bertenang berhubung kemelut politik yang melanda Sabah bagi membolehkan penyelesaian dapat dicapai bagi menamatkan kebuntuan yang dihadapi ketika ini.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan berapa lama tempoh bertenang itu, selain menyatakan perkara itu sebagai sesuatu yang subjektif.
"Sebentar tadi, kami mengadakan mesyuarat khas perhubungan Umno Sabah dan perbincangan diadakan dengan cukup terbuka berhubung kedinamikan politik Sabah.
"Kita mengambil tempoh bertenang dalam menangani polemik atau kemelut di Sabah dari segi politik kerana kami berpandangan tiada perkara atau isu yang tidak boleh diselesaikan.

"Sepanjang tempoh bertenang ini, saya mohon tiada spekulasi atau kenyataan bercanggah sama ada pihak kami atau pihak sebelah sana, keikhlasan dan kejujuran sesama kita menjadi garis utama," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online di Kota Kinabalu, petang tadi.
Zahid turut memohon supaya sepanjang tempoh bertenang itu, tiada lagi spekulasi atau kenyataan bercanggah dibuat sama ada oleh Umno dan BN ataupun oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Turut hadir, adalah Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin dan timbalannya, Yakub Khan.
Kemelut politik Sabah tercetus awal bulan ini susulan cubaan Umno dan Warisan yang cuba menyingkirkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor yang mewakili GRS.

Kemuncak polemik itu ialah apabila Umno/ BN Sabah yang diterajui oleh Bung Moktar memutuskan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) berserta lima daripada 18 Adun BN / Umno tidak menyokong langkah itu dan terus bersama dengan Hajiji.
Malah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum ini turut memberi restu kepada Hajiji sebagai ketua menteri selepas menemui semua pemimpin Sabah yang terbabit dalam kemelut berkenaan.
Pakatan Harapan mempunyai tujuh Adun di Sabah dan semua mereka memilih untuk kekal bersamanya.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Umno belum mengambil tindakan terhadap Adun parti itu yang membelakangkan keputusan Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri, baru-baru ini.
"Isu mengenai Adun Sabah akan saya bincangkan secara berasingan. Beberapa penyelesaian dan tindakan perlu diambil berhubung perkara itu.
"Kaedah penyelesaiannya kita mempunyai Lembaga Disiplin Umno yang kita serahkan untuk membuat keputusan," katanya.
Lima Adun berkenaan adalah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), James Ratib (Sugut), Dr Yusof Yacob (Sindumin), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Jasnih Daya (Pantai Dalit).

Dalam pada itu, Zahid berkata, pihaknya berharap kerajaan perpaduan yang dilaksanakan di peringkat persekutuan dapat diterjemahkan juga di Sabah.
Katanya, Umno boleh duduk berbincang secara tertutup untuk mencari penyelesaian dalam apa situasi sekalipun.
"Banyak pendekatan boleh kita ambil dan juga kaedah kita susun atur, namun kita faham penyelesaian ini perlu persefahaman Umno dengan rakan politik lain.
"Dalam hal ini kita beri keutamaan kepada agenda rakyat Sabah dan beri pencerahan terhadap kekeliruan yang berlaku.
"Saya yakin keberadaan saya ini adalah satu isyarat bahawa kepemimpinan parti di pusat tidak pernah mengambil ringan terhadap perkara yang berlaku di Sabah.
"Saya mengambil inisiatif sendiri menangani perkara ini," katanya lagi yang dipetik portal itu.tik portal itu.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/f1d9c7f0362def12b37c5da9583c8ae1.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/ee4994b4fd47c874c0f9328583aa4b0a.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/b22eb1b2dc87a88212b9a0e0438ce9a2.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/423ac06b15ad5c751c7d45a19fdc7442.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/31430b647ee50601a55d637bfa296897.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/334971f193ec633ade977adb85e47f03.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/10/c205bc6476eab1211ec00c6e9b062c09.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/2a7d9cfc106b2666b5f29a59c5269f5c.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/ba3dfca3353f3a03ff2db74bd155fea7.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/c489ffc77a81a6a8bd7f1966cad538ec.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/ce7bb5860bcd86bc755120bd04c16833.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/bf162adb9bf2f75c145d06ad71b9c657.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/eb2b5bf1078447b621eedc55909b3e27.jpg)