Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saksi terkejut Jho Low nafi pernah berhubung bincangkan akaun Najib

KES 1MDB | Seorang saksi pendakwaan, Joanna Yu, berkata dia terkejut apabila Jho Low memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dia tidak pernah menghantar mesej kepada bekas pegawai bank berkenaan mengenai peranannya menguruskan akaun Najib Abdul Razak.

Memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Yu berkata dia tidak tahu apa yang dimaklukkan Jho Low kepada agensi antirasuah berkenaan.

Memberikan keterangan dalam kes rasuah bekas perdana menteri terbabit, Yu sebelum itu dikemukakan soalan ketua pembelaan Muhammad Shafee Abdullah dalam sesi pemeriksa balas.

Yu ialah saksi ke-41 pendakwaan.

Sebelum ini dia telah berkali-kali memberi keterangan mengenai komunikasinya dengan Jho Low melalui Blackberry Messenger (BBM), berhubung akaun Najib yang dikaitkan dengan 1MDB.

Bagaimanapun, Shafee hari ini membacakan petikan kenyataan diberi ahli perniagaan buruan polis itu kepada SPRM, khususnya mengenai penafian yang dibuat.

Muhammad Shafee: Adakah kamu terkejut Jho Low memberitahu SPRM yang dia menafikan pernah berbual dengan kamu melalui perbualan BBM?

Yu: Saya tidak tahu apa yang dia beritahu SPRM.

Muhammad Shafee: Jho Low beritahu, dia tidak tahu mengenai perbualan ini dan menafikan pernah bercakap dengan kamu. Adakah kamu terkejut?

Yu: Ya.

Muhammad Shafee: Adakah kamu mengatakan mustahil untuk dia tidak ingat bercakap dengan kamu seperti yang dinyatakan dalam perbualan BBM?

Yu: Saya tidak tahu sama ada dia ingat atau tidak. Saya tidak pasti bagaimana dia bertanya soalan itu.

Muhammad Shafee: Dia telah ditunjukkan (oleh SPRM) perbualan BBM dan dia berkata dia tidak mengenali mereka dan dia menafikan pernah berbual dengan kamu. Adakah kamu akan mengatakan kamu terkejut dengan penafiannya?

Yu: Ya.

Yu juga merupakan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan Najib berhubung kes rasuah SRC International Sdn Bhd (SRC) bernilai RM42 juta. Bekas ahli parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan atas tuduhan berkenaan.

Pada 3 Mac 2020, semasa perbicaraan SRC, kenyataan Jho Low kepada SPRM dikemukakan dan dokumen itu mendedahkan dia membuat banyak penafian terhadap pelbagai dakwaan.

Perbicaraan hari ini sempat menjadi tegang beberapa kali ketika pihak pembelaan menyoal Yu di depan hakim Collin Lawrence Sequerah.

Antaranya ketika Muhammad Shafee bertanya mengenai arahan yang diambil daripada Jho Low sedangkan individu yang diberi kuasa untuk menguruskan akaun Najib sepatutnya ialah Nik Faisal Ariff Kamil.

Nik Faisal merupakan ketua pegawai pelaburan 1MDB ketika itu. Dia juga pernah dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif SRC yang ketika itu merupakan anak syarikat 1MDB.

Yu memberitahu mahkamah, dia menerima arahan daripada Jho Low kerana ahli perniagaan terbabit serta Nik Faisal sentiasa berkomunikasi serta bermesyuarat mengenai 1MDB dan SRC ketika itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS