Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan kaji cadangan tambah baik Sosma
Diterbitkan:  Feb 22, 2023 12:17 PM
Dikemaskini: 4:17 AM

PARLIMEN l Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Putrajaya sedang mengkaji cadangan untuk menambah baik Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dan bengkel bagi mengkaji cadangan itu.

“Pihak yang berminat termasuk NGO, ahli akademik, kumpulan masyarakat dan lain-lain terlibat dalam proses itu,” katanya.

Saifuddin menjawab soalan P Prabakaran (PH-Batu), yang bertanyakan sama ada kerajaan akan memansuhkan atau mengkaji semula Sosma.

Sosma membenarkan penahanan sehingga 28 hari tanpa bicara bagi mereka yang disyaki melakukan "kesalahan keselamatan" - yang menurut pengkritik tidak ditakrifkan dengan jelas dan menjadi mangsa kepada penderaan.

Seksyen 30 undang-undang itu juga turut mendapat kritikan kerana membenarkan seseorang yang dibicarakan di bawah undang-undang ditahan dalam tahanan "menunggu proses perbicaraan selesai".

Sebaliknya, suspek pembunuhan pula boleh boleh bebas apabila dibebaskan oleh mahkamah rendah.

Pada Dis tahun lalu, Malaysiakini telah melaporkan mengenai nasib puluhan individu yang masih ditahan di bawah Sosma sementara menunggu perbicaraan di bawah undang-undang berbeza.

Manifesto PH tidak menjanjikan sebarang pembaharuan untuk Sosma, tetapi ramai ahli Parlimen PH menggesa Saifuddin menyemak semula undang-undang kontroversi itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS