Antara perpaduan Melayu dan kepentingan kroni
Tokoh akademik dari Universiti Malaya, Profesor Jomo K S, yang aktif memberikan pandangan dalam krisis politik kini, mengulas isu perpaduan Melayu dan perpaduan nasional.
Beliau mencadangkan agenda reformasi yang perlu diterima oleh Umno dan Barisan Nasional sebagai tanda keikhlasan mereka. Berikut sedutan wawancara malaysiakini dengan penganalisis ekonomi tersebut.
Malaysiakini
: Nampaknya terdapat percanggahan dalam pakatan pembangkang antara PAS dan Parti Keadilan Nasional. PAS setuju berjumpa dengan Presiden Umno Dr Mahathir Mohamad, sedangkan Keadilan menolak.Jomo
: Sebenarnya, perbezaan tersurat itu berasaskan pendirian yang serupa. Kedua-dua parti menolak perundingan tentang 'perpaduan Melayu'. PAS, yang sudah lama mencadangkan muzakarah, setuju berbincang tetapi tentang tajuk lain. Keadilan pula menolak perbincangan tentang masalah Umno, tetapi tidak menutup pintu perundingan (dalam hal-hal lain).Kedua-dua parti itu setuju bahawa tiada masalah perpecahan di kalangan orang Melayu, hanya masalah peralihan sokongan orang Melayu daripada BN, Umno dan Dr Mahathir. Itu masalah mereka, bukan masalah PAS, Keadilan atau Barisan Alternatif.
Tokoh akademik dari Universiti Malaya, Profesor Jomo K S, yang aktif memberikan pandangan dalam krisis politik kini, mengulas isu perpaduan Melayu dan perpaduan nasional.
Beliau mencadangkan agenda reformasi yang perlu diterima oleh Umno dan Barisan Nasional sebagai tanda keikhlasan mereka. Berikut sedutan wawancara malaysiakini dengan penganalisis ekonomi tersebut.
Malaysiakini
: Nampaknya terdapat percanggahan dalam pakatan pembangkang antara PAS dan Parti Keadilan Nasional. PAS setuju berjumpa dengan Presiden Umno Dr Mahathir Mohamad, sedangkan Keadilan menolak.Jomo
: Sebenarnya, perbezaan tersurat itu berasaskan pendirian yang serupa. Kedua-dua parti menolak perundingan tentang 'perpaduan Melayu'. PAS, yang sudah lama mencadangkan muzakarah, setuju berbincang tetapi tentang tajuk lain. Keadilan pula menolak perbincangan tentang masalah Umno, tetapi tidak menutup pintu perundingan (dalam hal-hal lain).Kedua-dua parti itu setuju bahawa tiada masalah perpecahan di kalangan orang Melayu, hanya masalah peralihan sokongan orang Melayu daripada BN, Umno dan Dr Mahathir. Itu masalah mereka, bukan masalah PAS, Keadilan atau Barisan Alternatif.
BA pula telah menjemput Dr Mahathir, Umno dan BN membincangkan masa depan tanahair. Sudah pasti media Barisan Nasional akan cuba memutarbelitkan keadaan sebenar demi mendapat faedah jangka pendek.
Barangkali, pimpinan BA mengharapkan masih terdapat unsur keikhlasan di sebelah BN yang ingin menyelamatkan bangsa dan tanahair. Kalau BN menolak jemputan BA, jelaslah siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak.
Malaysiakini
: Kenapa pula BA mendakwa faktor utama yang menjejaskan nasib orang Melayu, dan seterusnya menyebabkan perpecahan dalam Umno ialah dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kroni pemimpin BN?Jomo
: Cuba lihat begini. Lebih RM50 bilion telah digunakan oleh Danaharta dan Danamodal untuk menyelamatkan bank, syarikat kewangan dan mereka yang banyak berhutang dengan mereka (institusi kewangan), iaitu kroni-kroni besar. Siapa lagi?Pendapatan Petronas selama ini melebihi RM300 bilion tetapi kini tinggal kurang RM50 bilion. Ke mana lesap bakinya? Untuk projek mewah, projek mega dan menyelamatkan suku-sakat atau kroni mereka.
Bandingkanlah dengan jumlah kecil yang dibelanja untuk orang miskin. Malah, peruntukan yang diluluskan oleh (bekas Menteri Kewangan) Anwar Ibrahim pada pertengahan 1998 pun kebanyakannya tidak dikeluarkan. Isi dan lemak kepada kroni; tulang dan bulu kepada rakyat!
Maka, ketika gendang perpaduan Melayu dipukul kuat, kepentingan kroni diselamatkan lagi. Saham MAS dibeli kembali dengan harga lebih daripada dua kali ganda harga pasaran! Eksport Malaysia - seperti barang elektronik dan harga petroleum - terus meningkat, tetapi rezab atau simpanan negara merosot. Kenapa?
Bukan hanya pelabur asing yang tidak mahu melabur di sini. Kroni-kroni yang rapat dengan PM sedang membawa wang lari kerana tidak yakin lagi pemimpin nombor satu itu akan kekal. Pasaran saham menjunam walau ekonomi terus tumbuh dengan agak pesat.
Malaysiakini
: Apakah isu-isu yang hendak dibincangkan oleh BA jika mereka berunding dengan PM atau pemimpin BN?Jomo
: Barangkali BA akan melantik Anwar untuk berunding bagi pihak mereka. Perkara yang boleh dibincang agak banyak tetapi saya kira 10 perkara berikut akan ditekankan sesuai dengan manifesto pakatan pembangkang itu dan hasrat mereka membawa Malaysia ke alaf baru.1. Usaha untuk membantu rakyat yang ketinggalan, yang diketepikan dan yang dipinggirkan selama ini, harus ditingkatkan secara adil dan saksama.
2. Segala penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa mesti disiasat, didedahkan serta dibetulkan untuk membaiki pentadbiran serta pembangunan ekonomi demi faedah rakyat.
3. Sistem kewangan pemerintahan cara berpersekutuan - atau federal - mesti dilaksanakan secara adil dan saksama. Kerajaan pusat tidak boleh 'mengkambinghitamkan' kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh parti pembangkang. Royalti minyak kepada Terengganu mesti dipulihkan dengan serta-merta.
4. Semua pendakwaan jenayah yang bersifat politik mesti dihentikan dan mereka yang telah didapati bersalah patut diampunkan dengan serta-merta. Mereka yang pernah ditahan tanpa bicara atas sebab politik patut juga diganti rugi.
5. Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru mesti dilantik dan sistem pilihanraya mesti diubah supaya benar-benar bebas, dan mampu menjalankan pilihanraya yang bebas lagi adil, misalnya dengan memanjangkan tempoh berkempen.
6. Semua sumber kewangan dan perbelanjaan parti-parti politik dan calon-calon pilihanraya mesti dilaporkan kepada Pendaftar Pertubuhan dan boleh diperiksa oleh orang ramai; had perbelanjaan yang telah ditentukan dalam undang-undang mesti dikuatkuasakan untuk menghapuskan politik wang.
7. Semua halangan terhadap kebebasan media cetak dan elektronik mesti dimansuhkan; parti pembangkang mesti diberikan liputan adil dan seimbang dalam media pemerintah.
8. Semua halangan terhadap hak berhimpun secara aman mesti dimansuhkan; semua kemudahan awam boleh digunakan oleh semua pertubuhan, termasuk parti politik, untuk acara masing-masing yang berpatutan.
9. Perkhidmatan, kewangan dan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan oleh mana-mana parti politik demi faedah politik. Polis serta pegawai kerajaan tinggi mesti berkecuali dari segi politik. Kebebasan kehakiman mesti dipulihkan.
10. Usaha serius yang berterusan mesti dimulakan dan dilanjutkan untuk menyediakan asas yang kukuh bagi perpaduan nasional yang tulen, dengan menghormati dan mengambil kira perbezaan agama, budaya, bahasa, wilayah dan sebagainya.
Malaysiakini
: Bagaimana pula jika saranan Dr Mahathir untuk perbincangan "tiga penjuru" (antara PAS-Umno-Keadilan) hanya merupakan helahnya atau usaha Umno untuk meyakinkan kembali orang Melayu bahawa pihak itu masih mementingkan kepentingan Melayu?Jomo
: Nampaknya, BA sedang menghadapi jemputan Dr Mahathir dengan tenang dan sikap terbuka. BA tidak menolak perbincangan. Malah sebaliknya, telah menjemput PM dan Umno - termasuk juga parti-parti komponen BN yang telah dipinggirkan Dr Mahathir dan Umno setakat ini - untuk turut berbincang demi kepentingan bangsa dan tanah air.BA juga telah berjaya mengingatkan orang ramai, khususnya orang Melayu, bahawa Dr Mahathir dan Umnolah yang bertanggungjawab atas perpecahan di kalangan orang Melayu khususnya dan di kalangan rakyat Malaysia amnya.
Malaysiakini
: Mungkinkah pelawaan ini juga bertujuan untuk membolehkan Dr Mahathir mencari jalan baru bagi mengelakkan tekanan yang dihadapinya daripada pemimpin Umno sendiri, dan mungkin juga untuk cuba menyelamatkan kedudukan, kepentingan serta namanya?Jomo
: Ada khabar angin dan tanda sedemikian. Surat Perdana Menteri kepada (Presiden PAS) Datuk Fadzil Noor dan (Presiden Keadilan) Dr Wan Azizah Ismail telah keluar sebelum Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin Umno mengadakan perjumpaan.Kalaulah Dr Mahathir sedang mencari jalan keluar daripada jalan buntu yang sedang dihadapinya, saya percaya BA sendiri telah ataupun sedang memikirkan strategi jangka panjang untuk membawa perubahan besar dan 'fajar baru' bagi negara kita.
Namun, sikap sebenar Dr Mahathir pada ketika ini kurang jelas. Setelah melihat tekanan Umno terhadap jawatankuasa rayuan pilihanraya Cina, Suqiu, dan sebagainya, sudah tentu pimpinan BA akan berhati-hati terhadap sebarang pelawaan manis, memandangkan pengalaman pahit mereka, malah rakyat biasa, sebelum ini dalam menghadapi BN.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.