Ijok: SPR mesyuarat Rabu ini tetapkan tarikh praya kecil
Tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok di Selangor, akan ditetapkan Rabu ini.
Tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok di Selangor, akan ditetapkan Rabu ini.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat mengenai perkara pada hari berkenaan, dengan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Kerusi DUN Ijok kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk K Sivalingam, di Chennai, India, akibat serangan jantung pada 4 April lalu.
Sivalingam, 59, yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan MIC Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpaduan dan Pekerja Ladang Selangor, memenangi kerusi itu untuk penggal ketiga dalam pilihanraya umum lalu.
Mendiang menewaskan Abdul Rahman Moharam daripada parti Keadilan dengan majoriti 1,649 undi.

