Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysia, UK bincang kerjasama tangani isu buruh paksa

Malaysia dan United Kingdom (UK) telah mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerjasama yang boleh dipelopori kedua-duanya dalam menangani isu pemerdagangan orang dan buruh paksa.

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar dalam kenyataan hari ini berkata ia diadakan ketika Perutusan Khas Kerajaan UK mengenai Migrasi dan Perhambaan Moden Andrew Patrick mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada 23 hingga 25 Feb lepas.

Menurut Sivakumar, Patrick menasihati industri sarung tangan getah tempatan untuk memantau amalan buruh paksa seperti elemen perhambaan hutang dalam rantaian perniagaan mereka susulan majikan atau khususnya pekerja asing dikenakan caj kos tersembunyi semasa proses pengambilan pekerja.

Dalam hal tersebut, dia berkata Kementerian Sumber Manusia bersetuju dengan pandangannya dan akan mengambil langkah segera untuk menggunakan teknologi blok rantai bagi tujuan pemantauan ketelusan proses pengambilan pekerja asing supaya bebas daripada elemen berkait rapat dengan perlakuan buruh paksa.

Sivakumar berkata dia dimaklumkan UK telah bersetuju untuk menawarkan peluang latihan dan bina upaya kepada pegawai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia termasuk Sabah serta Sarawak dan juga kepada agensi penguatkuasaan lain.

"Satu lawatan susulan oleh pihak UK telah dijadualkan pada Mac kelak," katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS