Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahmad Jazlan dilantik semula sebagai pengerusi Felcra

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan semula Pengerusi Felcra Berhad, Ahmad Jazlan Yaakub.

“Saya cukup menghargai Ahmad Jazlan yang sangat komitmen dan saya ingin mengumumkan pelantikan semulanya sebagai pengerusi Felcra Berhad,” katanya ringkas ketika berucap di majlis pengenalan calon-calon pemilihan Umno 2023-2026 peringkat negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini Zahid yang juga presiden Umno memaklumkan penangguhan pelantikan Ahmad Jazlan ditangguh susulan penyelarasan kerajaan.

Menurutnya, penyelarasan tersebut bukan hanya terhad kepada satu jawatan saja bahkan lebih meluas membabitkan semua badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“(Keputusan) itu telah dibuat berdasarkan penyelarasan kepada semua badan-badan berkanun, GLC (manakala) (serta) di bawah kementerian-kementerian dan juga di bawah agensi-agensi," katanya sambil menambah pelantikan itu berkuatkuasa 1 Mac lalu.

Menurut Zahid, pengumuman lantikan dibuatnya itu selepas penelitian dan kelulusan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Saya sudah umumkan secara berperingkat dan setakat ini dua pengerusi sudah saya umumkan. Pengumuman pelantikan ini akan dibuat secara berperingkat dan berfasa.

“Soal timbul isu atau tidak berhubung pelantikan ini, saya percaya ia tetap akan menjadj isu kerana tidak semua orang suka kita walaupunkan orang itu adalah yang terbaik.

“Pemilihan Ahamd Jazlan sebagai pengerusi Felcra kerana sebelum ini dia sudah memperlihatkan prestasi yang baik dan cemerlang kepada Felcra dan anak syarikat Felcra,” katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.

Ahmad Jazlan yang juga pengerusi Umno Kelantan menjawat jawatan itu sejak pentadbiran bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakub sebelum PRU15.

Dia dilantik ke jawatan itu pada 3 Oktober 2021 dan adalah antara lantikan politik yang ditamatkan perkhidmatan mereka susulan pembentukan kerajaan baru selepas PRU15.

Bagaimanapun pada 17 Disember Ahmad Zahid mengumumkan Ahmad Jazlan akan dilantik semula sebagai pengerusi Felcra selepas kerajaan mengambil kira pandangan perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad.

Pengumuman itu meskipun selepas kerajaan memutuskan untuk menamatkan kontrak semua pengerusi dan ahli lembaga yang dibuat melalui pelantikan politik dalam firma dan badan berkaitan kerajaan.

Empat hari kemudian, Anwar kemudiannya mengumumkan pelantikan tersebut ditangguhkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS