Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maqis rampas produk haiwan cuba dibawa masuk menerusi KLIA2
Diterbitkan:  Mar 18, 2023 11:35 AM
Dikemaskini: 3:35 AM

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk produk haiwan melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Rabu lepas.

Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata produk seberat 20 kilogram dianggarkan bernilai RM200 itu cuba dibawa masuk oleh seorang lelaki warga China berusia dalam lingkungan 30-an.

Beliau berkata produk itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Kastam sekitar pukul 6.30 pagi.

“Konsainan itu terdiri daripada lapan kilogram produk itik dan 12 kilogram sosej lembu mentah yang diletakkan di dalam sebuah bagasi, dan ia berisiko membawa masuk penyakit ke dalam negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya produk itu disita kerana tidak mempunyai permit import serta sijil kesihatan dan sijil halal yang sah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS