Usah biar sentimen agama diguna jatuhkan Anwar, kata bekas MP
Bekas ahli parlimen Klang, Charles Santiago meningatkan rakyat Malaysia agar bersatu dalam menghadapi cubaan pihak tertentu memainkan sentimen agama demi kepentingan politik.
Menurutnya, agama dipergunakan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dan mengambarkan perdana menteri itu tidak berupaya melindungi Islam dan hak orang Melayu-Islam.
“Ini adalah muslihat untuk kepentingan politik dan oleh itu, kita perlu kekal bersatu,” kata Charles yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Klang dari 2008 hingga 2022.
Charles merujuk kepada program Jom Ziarah yang didakwa sesetengah pihak sebagai program evangelis Kristian baru-baru ini.
Menurut Charles, penganut Kristian digambarkan cuba mempengaruhi orang Islam.
“Kebanyakan kitab Kristian adalah dalam bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak sebelum ia dijadikan sebagai “senjata berbahaya” yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam.
"Naratif ini mempunyai akibat yang berbahaya.
“Retorik yang tidak berasas dan kenyataan baru-baru ini yang menghalang orang Islam daripada mengunjungi rumah ibadat lain atau menjelaskan bagaimana mereka harus mengambil sikap hanya menghina orang Islam sebagai orang yang lemah imannya sedangkan hal ini tidak benar,” tambah Charles.
Dia merujuk tindakan Selangor baru-baru ini melarang umat Islam daripada menghadiri program di rumah ibadat bukan Islam.
Charles berkata, mereka yang menyemarakkan sentimen agama dan perkauman tidak mempedulikan negara atau rakyat, sebaliknya hanya mahu mendapat kuasa politik.
“Adalah mudah untuk mengenal pasti mereka kerana mereka menggunakan kedudukan kuasa dalam agama.
“Kerajaan sekarang tidak sempurna, tetapi Anwar adalah pilihan yang lebih baik.
“Jadi marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia untuk menolak agama digunakan untuk memanipulasi, mengawal dan menguasai kita melalui ketakutan,” katanya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/10/0974262d1cbdb53d293b442ed6fe07d8.jpg)
