Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lokasi program Proklamasi Melayu dihadiri Dr M ditukar lagi
Diterbitkan:  Mar 18, 2023 3:29 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Program khas Proklamasi Melayu menampilkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung Ahad ini berdepan kesulitan untuk mencari lokasi penganjuran.

Seketrariat program itu dalam satu kenyataan berkata, lokasi pertama program itu sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana menghadapi masalah teknikal.

Namun katanya, selepas memilih lokasi baru, penganjur sekali lagi menghadapi kesulitan apabila tempahan mereka dibatalkan oleh pihak pengurusan dewan malam tadi.

"Pihak pengurusan dewan tidak menyatakan sebab atas pembatalan tersebut.

"Kami memohon maaf kepada para tetamu jemputan kerana perubahan lokasi sebanyak dua kali. Pihak sekretariat akan membuat pengumuman dalam waktu terdekat,"

jelasnya.

Media melaporkan, Dr Mahathir bakal hadir ke program itu atas kapasiti peribadi dan bukan sebagai wakil parti yang baru disertainya iaitu Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Program itu juga dilaporkan bukan acara politik sebaliknya membincangkan isu-isu berkaitan masyarakat Melayu.

Lihat Komen
ADS