Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anak Najib menang ketua Umno Langkawi - sumber
Diterbitkan:  Mar 18, 2023 9:00 PM
Dikemaskini: 1:00 PM

Mohd Nazifuddin Najib kini ketua Umno bahagian Langkawi yang baru.

Menurut sumber, anak kepada bekas perdana menteri itu memenangi pertandingan jawatan berkenaan dengan 12 undi.

Sebelum ini, Nazifuddin kalah dalam perebutan ketua Pemuda Umno kepada Dr Muhamad Akmal Saleh yang menang jawatan itu dengan 122 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Sementara itu, Md Alwi Che Ahmad (gambar, bawah) pula menang jawatan ketua Umno Bahagian Ketereh tanpa bertanding, lapor Berita Harian.

Dia menggantikan Annuar Musa yang dipecat daripada Umno pada Disember lalu.

Md Alwi sebelum ini merupakan naib ketua bahagian itu.

Dilaporkan Azmi Ishak menang pertandingan naib ketua Umno bahagian Ketereh.

Afiq Amani anak kepada Annuar menang jawatan ketua Pemuda Umno Ketereh tanpa bertanding.

Gambar fail, Annuar ketika menerajui Umno Ketereh.

Sabariah Hamzah mengekalkan jawatannya sebagai ketua wanita Umno Ketereh manakala Rabiatul Adawiah Mohamed menjadi ketua Puteri Umno bahagian itu.

Marzuani Ardilla Ariffin, yang merupakan calon Umno Ketereh pada PRU15 menang jawatan sebagai naib ketua Puteri Umno bahagian itu.

Lihat Komen
ADS