Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PBM tak bertanding PRN Selangor, sokong k'jaan Madani
Diterbitkan:  Mar 18, 2023 10:10 PM
Dikemaskini: 2:11 PM

Parti Bangsa Malaysia (PBM) memutuskan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri Selangor akan datang.

Sebaliknya, PBM Selangor berkata parti itu akan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor sekarang yang dipimpin oleh Menteri Besar Amirudin Shari.

"Kami percaya bahawa Kerajaan Madani adalah platform politik terbaik untuk membawa kestabilan politik yang penting dalam proses membaikpulihkan ekonomi negera.

"Sejak penubuhan, Kerajaan Madani telah membuat kemajuan yang ketara dalam mempromosikan perdamaian dan kemakmuran, dan kami dalam PBM ingin memastikan momentum positif ini tidak terganggu,” kata Jabatan Penerangan PBM Selangor pada satu kenyataan hari ini.

Keputusan sebulat suara ini dibuat selepas jawatankuasa PBM Selangor mengadakan mesyuarat bersama presiden parti Larry Sn’g semalam.

PBM Selangor juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu daripada pembangkang, yang dikatakan secara konsisten menyemarakkan ketegangan kaum untuk kepentingan politik tanpa mengambil kira kesan sosioekonomi jangka panjang.

"Sebagai parti politik yang berpegang pada prinsip ’Bangsa Malaysia’, kami menolak kebencian dan diskriminasi yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

"Justera, demi mempertahankan prinsip dan idealism Bangsa Malaysia, PBM Selangor akan mengerahkan segala jentera kami secara sukarela untuk membantu Kerajaan Madani mempertahankan semua kerusi di negeri Selangor,” kata penerangan parti itu lagi.

Lihat Komen
ADS