Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
KPKT utamakan bina PPR kepada negeri tawar tanah percuma

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memberi keutamaan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mana-mana negeri yang menawarkan tanah percuma di lokasi strategik.

Menterinya, Nga Kor Ming berharap setiap negeri mampu menawarkan tanah secara percuma atau dengan kadar premium nominal bagi keperluan rakyat.

“Mana-mana negeri yang beri tanah secara percuma atau dengan kadar premium nominal akan diberi keutamaan kepada kita mahu mengoptimakan kos pembinaan rumah.

“Ini kerana jika sebelum ini 30 hingga 35 peratus daripada jumlah kos keseluruhan pembinaan untuk pembayaran tanah yang menyebabkan kualiti rumah lebih rendah.

“Tawaran ini kita mula buka sejak minggu lalu dan berharap banyak negeri menawarkan tanah.

“Untuk berlaku adil senang sahaja, siapa cepat dia dapat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pasar Tok Kenali bersama Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob di Kota Bharu, hari ini.

Sementara itu Nga yang juga anggota Parlimen Teluk Intan berkata kaedah yang ditawarkan itu semata-mata untuk mengurangkan kos pembinaan PPR.

“Jadi kita harap kerjasama daripada semua kerajaan negeri agar dapat menyediakan tanah-tanah bersesuaian bagi pembinaan PPR,” ujarnya.

Tambahnya melalui peruntukan kerajaan persekutuan, KPKT akan mempergiatkan usaha bagi memastikan setiap keluarga mempunyai sebuah rumah.

“Tahun ini kita berterima kasih kepada perdana menteri kerana memberi peruntukan sebanyak RM387 juta untuk pembinaan PPR dan RM358 juta untuk projek rumah mesra rakyat,” katanya.

Lihat Komen
ADS