Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Purata kes menang SPRM dari 2018 hingga Feb 2023 - 89.2 peratus
Diterbitkan:  Mar 21, 2023 1:33 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Perangkaan kerajaan menunjukkan bahawa prata kadar sabitan SPRM dari 2018 hingga Feb 2023 adalah 89.2 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis Parlimen mendedahkan bahawa sepanjang tempoh ini SPRM telah membuka 4,616 kertas siasatan, yang membawa kepada 2,194 (47.5 peratus) pertuduhan dibuat di mahkamah.

Daripada kes mahkamah itu, 1,234 telah disabitkan kesalahan mereka.

Bagaimanapun, Azalina tidak mendedahkan dalam jawapan bertulisnya mengenai jumlah kes yang masih belum selesai di mahkamah.

Dia seterusnya menyediakan jadual tentang peratusan kes menang-kalah untuk SPRM dari 2018 hingga Februari tahun ini, dengan skornya adalah 90 peratus atau lebih tinggi kecuali untuk 2019.

Pada 2019, peratusan kemenangan adalah 78 kes, dan peratusan kalah ialah 22 kes.

Tiada butiran lanjut diberikan dalam jawapan bertulis itu.

Antara kes terkenal SPRM yang kalah di mahkamah pada 2019 ialah bekas exco Johor Abd Latif Bandi dan dua lagi yang dibebaskan daripada 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Sementara itu, mahkamah juga menolak permohonan SPRM untuk melucut hak RM1.15 juta daripada Badan Perhubungan Umno Kedah dan Habib Jewels Sdn Bhd yang didakwa berkaitan skandal kewangan 1MDB.

Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman juga dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) berhubung lima daripada 35 pertuduhan yang dihadapinya ketika itu, selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan berkenaan dan membuat pertuduhan yang dipinda.

Jawapan bertulis Azalina adalah merujuk kepada soalan Hassan Abdul Karim (Pakatan Harapan-Pasir Gudang) semasa perbahasan peringkat jawatankuasa untuk Bajet 2023 - yang tidak dapat dijawab semasa penggulungan ucapannya.

Lihat Komen
ADS