Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
UPM nafi kekang demokrasi kampus dengan syarat semakan
Diterbitkan:  Mar 22, 2023 12:19 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

Penganjur pilihan raya kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) menafikan dakwaan bahawa semakan bahan kempen adalah tidak adil atau tidak demokratik.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) berkata, pihaknya mewajibkan semakan ke atas semua bahan kempen bagi mengelakkan unsur-unsur provokasi dan hasutan yang boleh menimbulkan kebencian, kemarahan dan keresahan di kalangan pelajar dan individu lain berhubung perkara berkaitan kaum dan agama.

Mengenai aduan terhadap jawatankuasa itu yang didakwa menghalang calon mengkritik pentadbiran universiti sebagai sebahagian daripada kempen, JPMPP berkata peraturan pemilihan tidak menghalang kritikan terhadap dasar universiti tetapi ia tidak seharusnya menyentuh hal-hal peribadi dan sensitiviti agama dan bangsa atau membuat tuduhan palsu kepada universiti.

“Tatacara ini jugaialah untuk memastikan kempen yang dibuat oleh calon sentiasa berlaku dalam

persekitaran yang harmoni dan mencerminkan kematangan peribadi mahasiswa,” kata JPMPP.

JPMPP merujuk kepada sidang media oleh Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) dua hari lalu mengenai peraturan yang menetapkan semua bahan kempen - termasuk yang akan digunakan di media sosial - mesti tertakluk kepada kelulusan JPMPP.

GMM berkata peraturan yang dikeluarkan pada 12 Mac itu bertentangan dengan semangat demokrasi kampus kerana pemilihan kampus membenarkan wakil pelajar bertindak sebagai badan “semak dan imbang” terhadap dasar kampus.

UPM akan mengadakan pemilihan majlis pelajar hari ini. GMM memberitahu Malaysiakini semalam bahawa ia telah membuat bantahan terhadap peraturan itu melalui saluran dalaman tetapi tidak diendahkan dan terpaksa mengadakan sidang media untuk meluahkan rungutan mereka.

Bagaimanapun, JPMPP berhujah dalam kenyataan mereka bahawa GMM sepatutnya menghubungi mereka terlebih dahulu untuk membincangkan perkara itu.

“JPMPP UPM ialah sebuah badan bebas yang dianggotai oleh 91 pelajar merangkumi JK Induk, JK Rayuan, JK Audit dan JK Pelaksana.

“Tatacara kempen dalam pemilihan MPP telah dibuat oleh JPMPP dan telah dihebahkan sebelum proses penamaan calon lagi,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS