Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP: Pembangunan sekolah di Klang 'terhenti' sejak Langkah Sheraton
Diterbitkan:  Mar 24, 2023 1:23 PM
Dikemaskini: 5:39 AM

Seorang ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa kesal selepas sekolah sedia ada di kawasan Bukit Raja dan Kota Kemuning tidak lagi mampu menampung bilangan pelajar.

Menurut Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau, bilangan pelajar di dua kawasan tersebut sudah melebihi dua kali ganda daripada kapasiti asal.

"Kawasan perumahan bandar besar seperti Bukit Raja dengan lebih 20,000 penduduk masih belum ada sekolah menengah. Kita ada tanah untuk bina sekolah tetapi sekolah dibina jauh di sempadan Meru dan bukan di dalam kawasan Bukit Raja.

"Malah, sekolah yang dibina di sempadan Meru merupakan tanah swasta di mana wuiud urusan jual beli sedangkan di Bukit Raja sudah ada tanah untuk pembinaan sekolah.

"Di kawasan Bukit Raja sahaja ada tujuh plot tanah yang boleh digunakan untuk pembinaan sekolah tetapi langsung tidak dihiraukan," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Ganabatirau yang juga exco kerajaan Selangor berkata projek Sekolah Menengah Kota Kemuning 2 yang dimulakan pembinaan dengan acara pecah tanah tidak diteruskan selepas Langkah Sheraton pada tahun 2020.

Katanya, majlis pecah tanah diadakan selepas dia menulis surat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2017 mengatakan bahawa Sekolah Menengah Kota Kemuning yang sedia ada sekarang tidak lagi mampu menampung pelajar.

"Buat masa ini Sekolah Menengah Kota Kemuning menampung lebih 3,600 pelajar berbanding 1,500 sahaja kapasiti asal.

Status peruntukan lima sekolah

"Ini termasuk pelajar dari Bukit Kemuning, Bukit Rimau, Kampung Bukit Naga dan beberapa perumahan kecil di sekitarnya.

"Memang ada acara pecah tanah pecah untuk sekolah baru. Tetapi semuanya hilang selepas Langkah Sheraton," katanya.

Ganabatirau juga meminta KPM menjelaskan status terkini peruntukan untuk lima sekolah di kawasan Klang.

"Bekas menteri pendidikan, Dr Radzi Jidin sebelum ini di parlimen berkata bahawa KPM terdapat lima buah sekolah di Klang telah diluluskan peruntukan sama ada untuk pembinaan bilik dariah atau bangunan baru.

"Tetapi, sehingga kini tidak ada sebarang kemajuan," katanya.

Antara sekolah yang lulus di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 adalah pembinaan baru 42 bilik darjah SMK Kota Kemuning (2) dan pembinaan baru 36 bilik dariah SK Bukit Raja, Klang.

Selain itu, SMK Meru (2), Klang pula melibatkan pembinaan baru 42 bilik dariah.

Terdapat juga dua projek lain iaitu pembinaan bangunan baru SK Pulau Indah dengan bangunan baru 12 bilik dariah serta pembinaan dewan terbuka dan bangunan baru yang mengandungi lapan bilik darjah PPKI dan kemudahan lain di SMK Meru.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS