Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekalan air di Klang Shah Alam pulih sepenuhnya

Bekalan air yang terjejas di 55 kawasan di Klang dan Shah Alam berikutan kerja-kerja pembaikan akibat kejadian paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2 Klang, pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataan hari ini mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama mereka sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

“Pengguna boleh merujuk kepada semua saluran komunikasi kami, iaitu aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter atau hubungi Pusat Hubungan Air Selangor di talian 15300 bagi mendapatkan maklumat mengenai kejadian itu dari semasa ke semasa,” katanya.

Elina berkata sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan kepada Pusat Bantuan melalui www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS