Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amalan perhutanan k'jaan bertentangan janji antarabangsa - RimbaWatch
Diterbitkan:  Mar 26, 2023 2:21 PM
Dikemaskini: 6:21 AM

Amalan perhutanan kerajaan bertentangan dengan janji iklim antarabangsa negara, kata kumpulan alam sekitar RimbaWatch.

Kumpulan itu berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Sarawak yang menafikan penemuan daripada kajian "Keadaan Hutan Hujan Malaysia 2023".

Sambil menyatakan kekecewaan terhadap perkara itu, RimbaWatch berkata penafian menyeluruh ketiga-tiga jabatan terbabit tidak menangani dengan tepat mana-mana penemuan utamanya, mahupun menganalisis mana-mana daripada 437 amaran yang dikenal pasti.

“Untuk rekod, kami menjelaskan dalam kajian itu bahawa kami merujuk kepada kehilangan 2.3 juta hektar hutan semula jadi, dan kehilangan hutan asli ini tidak ditangani oleh mana-mana jabatan perhutanan.

“Mereka juga tidak membuat sebarang rujukan khusus kepada penemuan kami bahawa ladang balak di tanah yang diuruskan oleh jabatan tersebut akan menjadi pemacu penebangan hutan terbesar pada masa hadapan,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

"Kami amat bimbang pihak berkuasa perhutanan Malaysia menjelaskan bahawa mereka tidak menganggap penebangan dan penukaran hutan semula jadi kepada ladang monokultur sebagai penebangan hutan, selagi tanah itu dizonkan secara sah sebagai hutan.

"Kami juga terkejut dan sedih kerana ladang monokultur termasuk di bawah perlindungan hutan, selagi tanah itu dizonkan secara sah sebagai hutan," tambah RimbaWatch.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS