Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid sahkan Rais Yasin kekal Ketua Umno Tangga Batu
Diterbitkan:  Mar 27, 2023 10:38 PM
Dikemaskini: Mar 28, 2023 2:08 AM

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.

Beliau berkata ia disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepadanya hari ini.

“Saya ingin mengesahkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno telah memaklumkan kepada saya (bahawa) tidak ada surat pembatalan itu dan Datuk Rais diabsahkan sebagai Ketua Umno  Bahagian Tangga Batu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai, Serkam di Jasin malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sepucuk surat tular bertarikh 27 Mac yang mendakwa kemenangan Rais sebagai Ketua Umno Bahagian Tangga Batu dibatalkan.

Surat berkenaan memaklumkan berlakunya ketidakaturan perjalanan mesyuarat pada proses pemilihan Umno bahagian itu yang berlangsung di sebuah hotel baru-baru ini.

- Bernama


NOTA EDITOR: Berita bertajuk “Umno batal kemenangan Rais Yasin sebagai ketua Tangga Batu” yang disiarkan sebelum ini telah dipadamkan susulan makluman daripada Bernama yang memohon ia diabaikan.

 Bernama tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dua betita yang bercanggah itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS