Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MB Kedah dakwa disekat daripada program pusat
Diterbitkan:  Mar 29, 2023 5:15 PM
Dikemaskini: 10:00 AM
  • Dikemas kini dengan penjelasan jurucakap kerajaan.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa dia disekat daripada menyertai sebarang program kerajaan pusat.

Acara itu, dakwanya, termasuk Lima (Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi) di Langkawi.

“Apa boleh buat. 

If you panaih, please don't koyak. (Kalau kamu panas, tolong jangan koyak_,” tulisnya di Facebook tanpa membuat huraian lanjut.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata dia tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Sanusi.

Menjawab soalan pemberita di Kedah hari ini, dia berkata sentiasa mengundang semua pihak dalam acara rasmi kerajaan.

Malah, katanya, dalam acara di Sungai Petani hari ini, terdapat wakil daripada pejabat anggota parlimen Padang Terap daripada PAS turut hadir.

“Saya tak pasti apa dia (Sanusi) maksudkan.

“Bagi saya kerajaan perpaduan ini ingin membuktikan bahawa kita sedia bekerjasama demi rakyat.

“Dan sekarang ini cukup-cukuplah kita berpolitik. (Sebaliknya) kita berkhidmat untuk rakyat,” katanya yang juga jurucakap kerajaan.

Pameran Lima pada 2019 yang dihadiri oleh PM ketika itu Mahathir Mohamad

Lima yang dilhamkan perdana menteri sebelum ini Mahathir Mohamad pada 1991 akan berlangsung di Langkawi daripada 23 hingga 27 Mei depan. 

Acara dwitahunan pameran maritim dan aeroangkasa antara terbesar di Asia Pasifik itu itu terkenal dengan persembahan pesawat di ruang udara Langkawi.

Menteri pertahanan pada tahun lepas Hishammuddin Hussein berkata acara kali ini dijangka menarik sekurang-kurangnya 600 pempamer membabitkan 20 negara.

Hishammuddin berkata, penganjurannya akan sekali lagi diselaraskan bersama oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan dengan syarikat Alpine Integrated Solution Sdn Bhd dilantik sebagai penganjur bersama.

Lihat Komen
ADS