Empat ditahan berhubung kejadian bakar kem
Polis menahan empat tuan tanah kaum Iban di Sri Aman semalam kerana didakwa membakar kem bergerak milik sebuah syarikat pembalakan yang beroperasi di Silantek, kira-kira 180km dari bandar Kuching.
Polis menahan empat tuan tanah kaum Iban di Sri Aman semalam kerana didakwa membakar kem bergerak milik sebuah syarikat pembalakan yang beroperasi di Silantek, kira-kira 180km dari bandar Kuching.
Ketua Polis Sri Aman Mat Jusoh Muhamad mengesahkan keempat-empatnya ditahan reman untuk siasatan berhubung laporan yang dibuat syarikat tersebut terhadap mereka.
Mereka terdiri daripada aktivis tempatan, Jacob Emang, 59, bersama Ziglar anak Kasau, Edward Ungga dan Gerah ak Gugat.
Mat Jusoh memberitahu
malaysiakini
melalui telefon bahawa beliau tidak dapat menyatakan bila atau sama ada mereka akan didakwa di mahkamah.
Bagaimanapun difahamkan, keempat-empatnya telah menghubungi peguam Baru Bian (foto) di Kuching untuk mewakili mereka,.
Sakit jantung
Setiausaha Agung Persatuan Dayak Iban Sarawak(Sadia) Nicholas Bawin berkata, mereka ditangkap dan ditahan reman selepas diminta hadir di balai polis Sri Aman.
Jacob dikatakan mempunyai masalah sakit jantung dan difahamkan, peguamnya akan menulis kepada pihak poli supaya membebaskannya daripada tahanan reman supaya dia boleh mendapatkan rawatan.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku Khamis lalu selepas terdapat aduan-aduan sejak dua tahun lalu mengenai kegiatan pembalakan yang dijalankan di kawasan tanah milik kaum Iban.
Beberapa pertelagahan berlaku antara tuan tanah dan syarikat pembalakan yang diberi permit untuk mengeluarkan balak dari kawasan kampung di Balai Ringin dan Pantu di Sri Aman.
Badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah memperjuangkan nasib penduduk terbabit, dengan meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) campurtangan untuk menyelesaikan isu tersebut. Berita asal

