Twitter hentikan 80 peratus pekerja
Twitter telah memberhentikan lebih 6,000 atau kira-kira 80 peratus pekerja sejak akhir tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk, dalam temu bual dengan BBC, kelmarin.
Bagaimanapun berbanding Twitter, syarikat teknologi besar lain seperti Google, Amazon, Microsoft dan Meta telah mengurangkan puluhan ribu pekerja di seluruh dunia.
Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah, menurut Xinhua yang memetik laporan San Francisco Chronicle.
Syarikat itu dalam 'legal filing', baru-baru ini, mendakwa bahawa 'Twitter, Inc telah digabungkan menjadi X Corp dan tidak lagi wujud.'
Berdasarkan 'legal filing', X Corp ialah sebuah syarikat milik persendirian. Syarikat induknya ialah X Holdings Corp.
- Bernama-Xinhua
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/c91fdc202389033ba21e74055a24b71c.jpg)
