Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
9 motosikal, 4 skuter elektrik musnah dalam kebakaran dekat KLCC

Sembilan motosikal dan empat skuter elektrik musnah dalam kebakaran di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC di Kuala Lumpur, petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata dalam kejadian pada 3.45 petang itu, seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tun Razak dan Keramat telah dikerahkan ke tempat kejadian.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kita mendapati terdapat insiden kebakaran 13 buah motosikal dan empat buah skuter elektrik.

“Sembilan motosikal dan empat skuter elektrik terbakar sepenuhnya manakala empat motosikal yang lain, terbakar antara tiga hingga 20 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, api dapat dikawal sepenuhnya pada 4.04 petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan selain tiada mangsa terlibat.

-Bernama

Lihat Komen
ADS