Paling Popular
Terkini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.

Kali ini tangkapan berkenaan dibuat ke atas setiausaha sulit menteri terbabit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan tangkapan itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.

"Ya, seorang pegawai ditahan dan direman tapi saya tak pasti (buat masa ini) berapa hari," katanya.

Azam bagaimanapun tidak memberitahu berapa lama suspek terbabit direman.

Penahanan terbaru hari ini menjadikan sudah ada dua pegawai kanan ahli parlimen Batu Gajah itu disiasat agensi penguat kuasa berkenaan.

Semalam SPRM menahan seorang pegawai kanan Sivakumar, selain seorang ahli peniaga dari Ipoh berkaitan dengan dakwaan rasuah yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

Difahamkan siasatan SPRM bertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

Sivakumar kemudian berkata dia tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut kerana kes berkenaan sedang disiasat.

"Saya dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan," katanya

Malaysiakini difahamkan, siasatan itu melibatkan kes rasuah bernilai RM97 juta.

Sementara itu Utusan Online melaporkan setiausaha sulit Sivakumar itu ditahan SPRM kira-kira jam 2.30 pagi tadi dan mereka dibenarkan menahan reman wanita terbabit selama empat hari.

Memetik sumber tidak didedahkan, portal itu memberitahu pegawai berkenaan akan ditahan sehingga Isnin depan bagi membantu siastaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS