Aliran trafik hari pertama sambutan raya lancar
Diterbitkan: Apr 22, 2023 9:38 AM
Hari pertama sambutan Aidilfitri menyaksikan aliran trafik di lebuh raya utama lancar dan terkawal setakat 9 pagi ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata bilangan kenderaan tidak menunjukkan sebarang peningkatan dan tiada kemalangan yang menyebabkan laluan di lebuh raya ditutup setakat ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/10/9efc234b496c0b69f1bb5879f562f3ad.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.