MCA: Babitkan semua parti dalam rundingan agihan kerusi
Rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan dan BN harus merangkumi semua parti komponen gabungan itu, kata seorang pemimpin MCA.
Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng berkata demikian susulan n kenyataan Ketua Menteri Chow Kon Yow bahawa PH negeri akan berjumpa dengan Umno minggu depan untuk membincangkan peruntukan kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.
“Mesyuarat ini tidak selari dengan semangat kerajaan perpaduan, kerana semua parti komponen harus dibabitkan dalam perbincangan penting sebegini.
"Perbincangan mengenai agihan kerusi untuk pilihan raya negeri akan datang harus antara BN dan PH, termasuk semua parti komponen daripada kedua-dua gabungan dan keputusan muktamad dibuat oleh pucuk pimpinan kerajaan perpaduan," kata Tan, yang juga naib presiden MCA dalam satu kenyataan hari ini.
Dia merujuk contoh sebelum ini yang Chow dilaporkan berkata bahawa rundingan agihan kerusi akan melibatkan semua ahli kedua-dua gabungan itu, dan tidak akan ada rundingan berasingan antara parti.
"Bagaimana Chow mahu jelaskan mengenai mesyuarat dengan Umno yang akan datang?" kata Tan, sambil menggesa ketua menteri itu untuk membabitkan semua parti gabungan dalam mesyuarat berkenaan.
"Kami mengulangi bahawa sebarang perbincangan harus merangkumi setiap parti komponen kerajaan perpaduan, demi memelihara integriti dan kepercayaan antara parti."
/file/1349/c302c8cb34fb7e97931d383552cd9f2b.jpeg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/ebeb3a9b7650830077956fb16c39f7f8.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/2550a2965bd25ced4c7655fd74abb4eb.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/2ddacd689062c48db9ee9051fd4e5993.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/05/08bb029e7dee8efe99de110684a3a504.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/cd66340b96320b16951c5352ddf83aa6.jpg)