Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Afdlin dilantik pengerusi media Yayasan Wilayah Persekutuan
Diterbitkan:  May 2, 2023 3:42 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Pengarah dan pelakon Afdlin Shauki dilantik sebagai pengerusi YWP Media Sdn Bhd iaitu subsidiari milik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)

Dengan pelantikan itu, dia yang menceburi politik dengan menyertai PKR dua tahun lalu turut mengumumkan rancangan untuk mewujudkan portal yang memberi tumpuan kepada berita "positif".

"Nantikan kehadiran portal yang penuh dengan berita-berita menarik dan positif.

"Cukuplah dengan berita negatif dan menyakitkan. Kita beri maklumat, inspirasi dan harapan kepada warga Wilayah Persekutuan," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

YWP Media Sdn Bhd adalah penerbit portal dan akhbar Wilayahku.

Tidak jelas sama ada Afdlin - yang turut memuat naik gambarnya bersama akhbar itu - merancang untuk mewujudkan portal baru atau mengubah suai media tersebut.

YWP sebelum ini dipengerusikan oleh menteri wilayah. Jawatan itu kini sudah tiada selepas Kementerian Wilayah ditukar menjadi jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pengerusi YWP pada masa ini adalah Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Lihat Komen
ADS