Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kementerian Pengangkutan akan naik taraf unit logistik - Loke

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menaik taraf Unit Logistik di bawah Bahagian Dasar, kepada Bahagian Logistik bagi memudahkan penyelesaian isu dalam sektor berkenaan secara berkesan.

Menterinya Anthony Loke berkata dengan adanya bahagian baharu itu, beliau berharap ia akan mewujudkan sistem logistik efektif bagi menyokong perkembangan ekonomi Malaysia sebagai sebuah negara dagang.

Namun jelasnya, pewujudan bahagian itu perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) kerana ia akan melibatkan perjawatan baharu.

“Setakat ini, Ketua Setiausaha Kementerian telah mengangkat cadangan itu kepada KPPA (baru-baru ini) dan kita mendapat makluman positif daripada beliau.

“Selepas ini, kertas pertimbangan akan diangkat untuk pertimbangan daripada pihak mereka (KPPA),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Ejen-Ejen Penghantaran dan Logistik Selangor (SFFLA), malam tadi.

Loke berkata logistik merupakan satu sektor yang besar merangkumi pelbagai bidang termasuklah penghantaran dan kenderaan berat.

“Jadi dengan adanya bahagian ini, maka semua isu (berbangkit) dapat diangkat melalui penggubalan dasar yang lebih komprehensif,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS