Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM sahkan Lynas diberi lanjutan 6 bulan dengan 'syarat ketat'

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kerajaan telah memberikan lanjutan selama enam bulan kepada Lynas Malaysia bagi memenuhi syarat pelesenan untuk terus beroperasi di negara ini.

Dia berkata lanjutan itu diberikan dengan syarat yang ketat dan perlu dipatuhi.

Syarat utamanya adalah memastikan loji nadir bumi Lynas di Pahang bebas daripada radiasi.

"Menteri akan berikan butiran tetapi daripada pemahaman kami lanjutan itu bergantung kepada syarat-syarat yang harus dipatuhi dengan ketat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat parti-parti dalam gabungan kerajaan di Kuala Lumpur malam ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Chang Lih Kang akan mengeluarkan kenyataan terperinci mengenai perkara itu esok.

Pada Februari lalu, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bersetuju memperbaharui lesen operasi Lynas berkuat kuasa mulai 3 Mac tahun ini untuk tempoh tiga tahun lagi. N

amun demikian, ia tertakluk pada syarat-syarat yang ketat.

Salah satu syarat tersebut adalah memindahkan kemudahan retak dan larut (cracking and leaching) di Gebeng, Kuantan - yang menghasilkan sisa penulenan air larut resap (WLP) yang berbahaya - keluar dari Malaysia sebelum Julai 2023.

Syarat lain yang harus dipenuhi Lynas termasuk memulakan pembinaan tapak pelupusan kekal (PDF), mengemukakan pelan pembangunan kerja dan melaporkan statusnya, memastikan kilang retak dan larut mereka di luar Malaysia beroperasi pada Julai 2023, dan mempunyai deposit kewangan bagi mematuhi syarat lesen.

Lynas telah memohon untuk mengetepikan syarat-syarat tersebut dan rayuan mengenai perkara itu didengar pada 28 April lalu.

Lihat Komen
ADS