Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas ahli parlimen Klang, Charles Santiago supaya memohon maaf kepada penceramah Zakir Naik berhubung kenyataan awamnya pada 2019 berkaitan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang sudah tidak berfungsi.

Arahan permohonan maaf itu dibuat selepas hakim Akhtar Tahir pagi ini mendapati Charles bersalah memfitnah plaintif.

Semasa sebuah syarahan awam, defendan pada akhir November 2019 membuat kenyataan mengaitkan plaintif dengan penahanan besar-besaran 12 individu berhubung siasatan pihak berkuasa terhadap dakwaan berkaitan LTTE.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati Charles tidak memfitnah Zakir berhubung kenyataan akhbarnya yang bertarikh 13 Ogos 2019 berhubung ceramah pendakwah itu di Kelantan pada Ogos 2019, yang bertajuk “The Misconception of Islam Among Non-Muslims”.

Dalam keputusan ringkasnya, hakim Akhtar Tahir memutuskan bahawa pembelaan justifikasi melindungi kenyataan defendan berhubung ucapan di Kota Bharu itu kerana ceramah plaintif boleh mengganggu keharmonian antara etnik di Malaysia.

Hakim berkata Charles bimbang bahawa ceramah Zakir berpotensi mencetuskan rusuhan kaum serta menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia melalui platform keagamaan.

“Pada pandangan mahkamah ini, topik itu sendiri adalah tidak sesuai dalam konteks Malaysia kerana tiada apa-apa yang menunjukkan wujudnya salah tanggapan yang meluas terhadap Islam oleh orang bukan Islam di Malaysia. Mahkamah merasakan bahawa ini adalah topik yang tidak perlu untuk dibahaskan di Malaysia.

“Walaupun salah faham tentang Islam menjadi punca kebimbangan di Malaysia, sebarang ceramah mengenai topik ini harus ditujukan kepada orang bukan Islam. Dalam ceramah di Kelantan, majoriti pendengarnya beragama Islam.

"Mahkamah bersetuju dengan defendan bahawa ceramah itu boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan ketegangan di kalangan pelbagai agama di Malaysia," kata Akhtar.

Hakim itu berkata bahawa kenyataan Zakir yang mempersoalkan kesetiaan rakyat India di Malaysia terhadap kerajaan telah melanggar topik ucapan dan tidak mempunyai kaitan dengan topik tersebut.

Menurut Akhtar, kenyataan pendakwah itu mengenai masyarakat Cina di Malaysia yang seharusnya meninggalkan negara ini menunjukkan bahawa plaintif telah mencampuradukkan rungutan peribadinya sendiri yang diminta meninggalkan negara ini dengan membuat kenyataan itu.

Hakim berkata mahkamah bersetuju dengan Charles bahawa kenyataan Zakir boleh menimbulkan ancaman kepada masyarakat berbilang bangsa Malaysia, malah mengundang teguran daripada perdana menteri ketika itu dan ahli politik lain.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago membuat permohonan maaf kepada pendakwah bebas Dr Zakir Naik berhubung kenyataannya yang dikaitkan dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 2019.

Hakim Datuk Akhtar Tahir mengarahkan Santiago memohon maaf selepas mendapati beliau bertanggungjawab memfitnah Zakir.

Dalam penghakimannya, Hakim Akhtar memutuskan kenyataan kedua yang dibuat oleh Santiago dalam ceramah bertajuk Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 25 Nov 2019, yang Zakir mendakwa kenyataan Santiago itu telah memfitnahnya, adalah serampang dua mata, walaupun ia dikaitkan dengan Zakir.

“Satu ditujukan kepada polis Malaysia dan kerajaan dan satu lagi ditujukan kepada plaintif.

“Implikasi daripada kenyataan terhadap plaintif itu ialah plaintif mempunyai pengaruh terhadap polis dan kerajaan dalam penahanan dua ahli DAP berkenaan,” katanya.

Hakim memutuskan walaupun mahkamah mendapati kenyataan itu adalah berdasarkan pendapat Santiago, bagaimanapun, ia bersifat spekulatif dan didapati berunsur fitnah terhadap Zakir.

“Mahkamah juga mengambil maklum bahawa kenyataan itu bukannya mencemarkan imej dan reputasi plaintif, sebenarnya telah meningkatkan reputasi plaintif sebagai seorang yang berpengaruh di Malaysia.

“Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa plaintif tidak berhak terhadap sebarang ganti rugi, tetapi oleh kerana kenyataan kedua adalah fitnah, mahkamah mengarahkan defendan memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang dibuat mengaitkan plaintif dengan penahanan kedua-dua ahli DAP itu,” kata hakim.

Sementara itu mengenai kenyataan pertama Santiago yang dibuat secara terbuka terhadap Zakir untuk ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Ogos 2019, hakim memutuskan ia tidak memfitnah dan tidak mencemarkan nama baik Zakir.

Zakir dalam ceramah itu, menyampaikan kenyataan sensitif yang menyentuh kaum Cina dan India Malaysia.

Santiago, pada 13 Ogos 2019 mengeluarkan kenyataan sebagai respons kepada ceramah Zakir di Kota Bharu, Kelantan bertajuk, Misconception of Islam by the non-Muslim, dengan menyatakan bahawa ceramah itu berpotensi menyebabkan rusuhan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hakim Akhtar memutuskan bahawa kenyataan media yang dibuat oleh Santiago dalam domain awam memang ditujukan kepada plaintif (Zakir).

Hakim berkata mendengar ceramah plaintif, plaintif juga telah membuat kenyataan yang tidak perlu mengenai orang Cina Malaysia iaitu apabila menyatakan orang Cina Malaysia juga harus diminta meninggalkan negara ini.

“Mahkamah bersetuju dengan kenyataan akhbar defendan (Santiago) bahawa kenyataan plaintif boleh menyebabkan ancaman kepada Malaysia yang berbilang kaum. Malah, mahkamah menyatakan kenyataan plaintif ini telah mendapat teguran daripada Perdana Menteri Malaysia dan ramai ahli politik lain.

“Oleh itu keputusan mahkamah dalam kes ini bahawa kenyataan pertama defendan adalah tidak memfitnah dan sebenarnya satu kenyataan yang berasas dan kenyataan yang adil,” kata hakim itu.melaporkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago membuat permohonan maaf kepada pendakwah bebas Dr Zakir Naik berhubung kenyataanmya yang dikaitkan dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 2019.

Hakim Datuk Akhtar Tahir mengarahkan Santiago memohon maaf selepas mendapati beliau bertanggunjawab memfitnah Zakir.

Dalam penghakimannya, Hakim Akhtar memutuskan kenyataan kedua yang dibuat oleh Santiago dalam ceramah bertajuk Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 25 Nov 2019, yang Zakir mendakwa kenyataan Santiago itu telah memfitnahnya, adalah serampang dua mata, walaupun ia dikaitkan dengan Zakir.

“Satu ditujukan kepada polis Malaysia dan kerajaan dan satu lagi ditujukan kepada plaintif.

“Implikasi daripada kenyataan terhadap plaintif itu ialah plaintif mempunyai pengaruh terhadap polis dan kerajaan dalam penahanan dua ahli DAP berkenaan,” katanya.

Hakim memutuskan walaupun mahkamah mendapati kenyataan itu adalah berdasarkan pendapat Santiago, bagaimanapun, ia bersifat spekulatif dan didapati berunsur fitnah terhadap Zakir.

“Mahkamah juga mengambil maklum bahawa kenyataan itu bukannya mencemarkan imej dan reputasi plaintif, sebenarnya telah meningkatkan reputasi plaintif sebagai seorang yang berpengaruh di Malaysia.

“Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa plaintif tidak berhak terhadap sebarang ganti rugi, tetapi oleh kerana kenyataan kedua adalah fitnah, mahkamah mengarahkan defendan memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang dibuat mengaitkan plaintif dengan penahanan kedua-dua ahli DAP itu,” kata hakim.

Sementara itu mengenai kenyataan pertama Santiago yang dibuat secara terbuka terhadap Zakir untuk ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Ogos 2019, hakim memutuskan ia tidak memfitnah dan tidak mencemarkan nama baik Zakir.

Zakir dalam ceramah itu, menyampaikan kenyataan sensitif yang menyentuh kaum Cina dan India Malaysia.

Santiago, pada 13 Ogos 2019 mengeluarkan kenyataan sebagai respons kepada ceramah Zakir di Kota Bharu, Kelantan bertajuk, Misconception of Islam by the non-Muslim, dengan menyatakan bahawa ceramah itu berpotensi menyebabkan rusuhan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hakim Akhtar memutuskan bahawa kenyataan media yang dibuat oleh Santiago dalam domain awam memang ditujukan kepada plaintif (Zakir).

Hakim berkata mendengar ceramah plaintif, plaintif juga telah membuat kenyataan yang tidak perlu mengenai orang Cina Malaysia iaitu apabila menyatakan orang Cina Malaysia juga harus diminta meninggalkan negara ini.

“Mahkamah bersetuju dengan kenyataan akhbar defendan (Santiago) bahawa kenyataan plaintif boleh menyebabkan ancaman kepada Malaysia yang berbilang kaum. Malah, mahkamah menyatakan kenyataan plaintif ini telah mendapat teguran daripada Perdana Menteri Malaysia dan ramai ahli politik lain.

“Oleh itu keputusan mahkamah dalam kes ini bahawa kenyataan pertama defendan adalah tidak memfitnah dan sebenarnya satu kenyataan yang berasas dan kenyataan yang adil,” kata hakim itu.