Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jana Wibawa: Pegawai SPRM, 'Datuk Roy' diheret ke mahkamah esok
Diterbitkan:  May 24, 2023 7:06 PM
Dikemaskini: 12:37 PM

Seorang individu dikenali sebagai “Datuk Roy” dan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Peguam lelaki itu Fahmi Abd Moin ketika hubungi mengesahkan perkara itu.

Dia juga memberitahu pertuduhan akan dibuat bawah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Ia membabitkan kesalahan meminta, menerima, atau bersetuju untuk menerima suapan untuk diri sendiri atau orang lain sebagai dorongan atau ganjaran atas sesuatu transaksi yang akan berlaku.

Kata Fahmi menambah “Datuk Roy” dan pegawai SPRM terbabit akan menghadapi dua pertuduhan di hadapan hakim Azura Alwi.

“Datuk Roy” itu juga akan menghadapi satu lagi pertuduhan di hadapan seorang lagi hakim Suzana Hussin.

Pada 13 Mac, lelaki terbabit ditahan selepas menyerah diri kepada SPRM selepas dia dikehendaki untuk membantu siasatan kes skim Jana Wibawa.

Dia kemudian dikenakan perintah reman beberapa kali oleh mahkamah majistret bagi.

Pihak berkuasa setakat ini sudah mendakwa tiga ahli politik - termasuk bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan - berhubung skim Jana Wibawa.

Skim Jana Wibawa asalnya dilancarkan kerajaan pada 2020 sebagai satu cara untuk membantu kontraktor bumiputera yang terjejas semasa pandemik Covid-19.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS