Syarikat telekomunikasi telefon bergerak terbesar di Malaysia Maxis Communications mengumumkan hari ini bahawa pemegang ekuiti terbesarnya, ahli perniagaan Tan Sri Ananda Krishna, telah membuat tawaran untuk membeli syarikat tersebut.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Maxis berkata, Usaha Tegas syarikat milik Ananda berhasrat membuat tawaran am sukarela melalui syarikat khas bagi membeli semua saham biasa Maxis.

Notis tersebut dijangka dikemukakan kepada Maxis Khamis ini.

Maxis telah memohon untuk menggantungkan urusniaga sahamnya hari ini. Sahamnya ditutup Jumaat lalu pada harga RM13.00.

Syarikat telekomunikasi itu, yang menawarkan perkhidmatn suara dan data telekomunikasi, mencatatkan keuntungan RM2.10 bilion tahun lalu.

Ia juga memiliki firma komunikasi Aircel dari India dan PT Natrindo Telepon Selular di Indonesia.

Selain Maxis, jutawan Malaysia itu juga telah secara terbuka menyatakan minatnya untuk menguasai operator TV berbayar, Astro.

- AFP