Gerakan merancang untuk bertanding di kira-kira 30 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri akan datang.

Menurut presidennya Dominic Lau Hoe Chai, pemilihan kerusi Gerakan bagi PRN sudah sudah siap hampir 90 peratus.

“Bagi Gerakan, 30 kerusi telah dipilih untuk ditandingi di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya Lau yang juga adalah timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

Dia berkata Gerakan akan menghantar wakil bertanding di setiap negeri terlibat kecuali di Kelantan dan Terengganu.

“Bagi Kelantan dan Terengganu, masih dalam rundingan PN pada ketika ini.

“Kami (Gerakan) tidak kisah sekiranya tidak bertanding di dua buah negeri tersebut kerana matlamat utamanya adalah untuk memastikan PN menang ketika bertanding nanti,” katanya.

Lau seterusnya dilaporkan sebagai berkata, Gerakan berharap mendapat kemenangan di Pulau Pinang kerana pendirian parti itu adalah untuk menjadi platform suara rakyat di negeri berkenaan.

Ketika menjadi sekutu BN, Gerakan menerajui Pulau Pinang darpadai 1969 hingga 2008 - apabila ia kehilangan negeri itu kepada DAP. Parti itu meninggalkan BN pada 2018, dan pada Februari 2021, ia menyertai PN.

Ketika ini, Gerakan tidak memegang sebarang kerusi parlimen mahupun  negeri.