Kebakaran hutan di Kuala Langat dipadamkan sepenuhnya
Kebakaran membabitkan kawasan seluas 1.6 hektar di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan sejak Isnin lepas berjaya dipadamkan sepenuhnya petang semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 6.32 petang dan menjalankan operasi pemadaman dengan kekuatan 25 anggota.
Dia berkata operasi itu turut dibantu 33 anggota pelbagai agensi termasuk Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis.
Katanya kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya 6.30 petang semalam dan kerja-kerja membersihkan parit diteruskan oleh pihak JPNS menggunakan jentera jengkaut.
“Telaga tiub juga diaktfikan sehingga esok dan pihak bomba akan membuat pemantauan secara berjadual di lokasi tersebut,” katanya.
- Bernama
/file/1027/091b21a5fcd4d47e51eddb9884f96de9.jpg)
