Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata klinik yang telah dikenal pasti itu membabitkan sebanyak lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik pergigian.

Beliau berkata bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, KKM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif yang berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri.

“Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa buah klinik daif berkenaan.

Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, semalam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS