Kerajaan tak bincang isu mansuh Akta Mesin Cetak
Kerajaan setakat ini tidak membincangkan isu pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Katanya sekarang ini kerajaan menumpukan kepada pembentukan Majlis Media untuk membawa rang undang-undang berkaitan kepada peguam negara dan seterusnya parlimen.
Dia berkata demikian ketika kepada pemberita selepas menghadiri Forum Kebebasan Akhbar Sedunia 2023 di Kuala Lumpur hari ini.
Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum lalu berjanji untuk memansuhkan “akta-akta zalim yang boleh disalah guna untuk menyekat kebebasan bersuara”, termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Bagaimanapun, sejak mengambil alih kerajaan enam bulan lalu, tidak banyak usaha dibuat untuk melaksanakan janji ini.
Sementara itu, Fahmi turut menitikberatkan etika kewartawanan untuk mengelakkan berita yang tidak benar atau palsu.
RUU berkaitan MMC dijangka dibentangkan di parlimen Mac tahun depan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/748d5390c35c60f5de5f9a99a7a86801.jpg)
