Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DUN P Pinang bubar 28 Jun
Diterbitkan:  Jun 8, 2023 3:13 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata dewan undangan negeri akan dibubarkan pada 28 Jun, dan seterusnya membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN).

Buletin Mutiara memetik Chow memberitahu sidang media bahawa dia akan membentangkan perkara itu kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak.

“Kita bercadang untuk bubarkan DUN pada 28 Jun,” katanya.

Chow Kon Yeow

Chow juga berkata dia akan bertemu Yang di-Pertua Negeri Ahmad Fuzi Abdul Razak untuk mencadangkan perkara itu.

Enam negeri – Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan – tidak membubarkan DUN tahun lepas untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan PRU15.

Chow sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan negeri akan membubarkan DUN pada dua minggu terakhir Jun ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS