Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan teruskan subsidi ayam, telur
Diterbitkan:  Jun 9, 2023 5:53 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), keputusan itu dibuat bagi memastikan industri ayam dan telur terus berdaya tahan dan pada masa yang sama memastikan kesejahteraan rakyat.

“Setelah mengambil kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan serta kebajikan rakyat terus terbela, perdana menteri telah bersetuju dengan cadangan KPKM dan KPDN supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam dan telur diteruskan mulai 1 Julai 2023," kata kenyataan itu.

Pada Februari lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dilaporkan berkata harga ayam dan telur dijangka akan diapungkan selepas Jun.

Dia berkata langkah itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengatasi kekurangan bekalan makanan.

Katanya, harga dua bahan itu akan diapungkan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dapat memantau dan menilai perubahan harga berbanding harga siling semasa.

Seminggu kemudian, kementerian itu dalam kenyataan berkata kabinet setuju untuk meneruskan subsidi telur ayam sehingga Jun, sementara kajian untuk pelaksanaan subsidi bersasar dijalankan.

Lihat Komen
ADS