Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi temu Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok. 

Anwar menerusi catatan di Facebook beliau berkata orang ramai boleh membuat pendaftaran untuk menghadiri sesi itu menerusi laman web  www.temuanwar.com.

"Seperti kebiasaan, saya akan menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh para peserta yang hadir. Kita jumpa esok!" katanya. 

Berdasarkan poster dalam hantaran itu, sesi berkenaan dijadualkan berlangsung pada 3 petang di Dewan Tuanku Syed Putra USM.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS