Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Veteran tentera lebih minat berniaga lepas tamat perkhidmatan
Diterbitkan:  Jun 14, 2023 3:28 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

PARLIMEN l Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) mendapati sebahagian besar veteran Angkatan Tentera (ATM) cenderung untuk menjalankan perniagaan atau bekerja sendiri selepas tamat perkhidmatan.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata berdasarkan kajian yang dilakukan Perhebat pada April lepas, 83 peratus veteran berhasrat menjalankan perniagaan, manakala 17 peratus mahu mendapatkan pekerjaan kedua selepas tamat perkhidmatan.

Beliau berkata hasil kajian itu membolehkan Perhebat dan Kementerian Pertahanan membantu veteran dengan bertindak sebagai pemudah cara bagi memadankan veteran dengan majikan dan agensi penyelia keusahawanan.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui program penempatan pekerjaan dan keusahawan... Perhebat juga membimbing dan memantau kerjaya kedua veteran ATM sehingga tempoh lima tahun selepas anggota menamatkan perkhidmatan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) mengenai perancangan Kementerian Pertahanan dalam memastikan veteran ATM mendapat kerjaya kedua.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS