Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PRN P Pinang: Muhyiddin yakin tawan 'hampir 20 kerusi'
Diterbitkan:  Jun 17, 2023 4:53 PM
Dikemaskini: Jun 18, 2023 1:52 AM

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menyatakan keyakinan bahawa gabungannya boleh memenangi "hampir dekat 20" kerusi DUN untuk memperoleh majoriti mudah di 40 kerusi DUN Pulau Pinang.

“Sekarang dah hampir dekat 20 (kerusi) agak ya agak-agak lah kalau kita nak menang hanya perlu 51 peratus.

“Tinggal satu peratus cari, tak kan tak boleh,” katanya seperti dipetik FMT.

Presiden Bersatu itu berkata demikian pada konvensyen PN yang diadakan di ibu pejabat Gerakan negeri di Pulau Pinang hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kemenangan PN pada pilihan raya di enam negeri akan datang boleh memudahkan gabungan itu mengambil alih kerajaan di peringkat persekutuan pada masa hadapan.

Pada pilihan raya umum ke-14, Bersatu yang ketika itu menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) memenangi empat kerusi DUN di Pulau Pinang iaitu Bertam, Seberang Jaya, Sungai Acheh dan Teluk Bahang.

Keempat-empat Adun itu kemudiannya kehilangan kerusi mereka di bawah undang-undang antilompat parti dan kerusi mereka kekal kosong sehingga kini.

Susulan penjajaran semula politik pada 2020, yang menyaksikan Bersatu bekerjasama dengan PAS di bawah PN, gabungan itu kini hanya memegang satu kerusi DUN di Pulau Pinang iaitu DUN Penaga yang disandang PAS.

Bercakap pada majlis sama, Ketua Pemuda PN negeri Zuzalee Ariffin mendakwa 55 peratus orang Melayu di Pulau Pinang menyokong gabungan itu, manakala hanya 28 peratus dan 15 peratus menyokong BN dan PH.

Dakwanya lagi, memandangkan majoriti kaum Cina dan India di negeri itu menyokong PH, PN perlu bekerja lebih keras.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS