Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Plat kereta 'Isteri PM' bukan atas permintaan Wan Azizah
Diterbitkan:  Jun 25, 2023 1:59 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Nombor pendaftaran khas sebuah kereta yang tertera perkataan "Isteri YAB Perdana Menteri" tular di media sosial baru-baru ini, bukan atas permintaan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Demikian menurut kenyataan dikeluarkan kerajaan negeri Sabah bagi menjelaskan isu tersebut, lapor media tempatan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Safar Untong dilaporkan berkata plat khas itu disediakan kerajaan negeri seperti kebiasaannya ketika pemimpin tertinggi dan pasangan dalam lawatan rasmi ke Sabah.

“Kemudahan kenderaan yang disediakan termasuk meletakkan plat kereta dengan penetapan kedudukan tetamu dan isteri perdana menteri yang menggunakan kenderaan itu.

“Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa di Kota Kinabalu.

“Justeru, plat yang dipamerkan bukan atas permintaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ali,” katanya seperti dilaporkan New Straits Times.

Terdahulu tular di media sosial sejak semalam memaparkan gambar kenderaan dengan plat khas sekali gus mengundang kritikan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isterinya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS