Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Anwar, hentikan gurauan merendahkan wanita’
Diterbitkan:  Jun 28, 2023 9:30 AM
Dikemaskini: 2:15 AM

Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad menasihati Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya menghentikan gurauan merendahkan wanita yang membuka ruang normalisasi kepada lelaki kebanyakan.

Katanya, Anwar sepatutnya menunjukkan watak yang terhormat kepada rakyat tidak kira umur dan latar belakang.

Siti Mastura Muhammad

 “Normalisasi ini telah pun berlaku di ruang-ruang komen media sosial mempertahankan perdana menteri seterusnya  menyambung lagi gurauan yang tidak beradab kepada wanita,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook.

Dalam satu majlis bersama golongan muda di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini, Anwar memuji seorang pelajar perempuan kerana kepetahannya bertanyakan soalan.

Secara berseloroh Anwar berkata dia akan meminta nombor telefon daripada pelajar berkenaan sekiranya dirinya masih muda.

Kenyataan itu menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak kerana disifatkan sebagai seksis dan merendahkan wanita.

Mengulas lanjut Siti Mastura yang juga adalah ketua pengarah Ameerah Malaysia iaitu organisasi Muslimat Muda berkata, rakyat lelaki atau wanita sepatutnya merasa selamat apabila berhadapan dengan perdana menteri menyuarakan isu-isu mereka.

“Anwar kelihatan terlalu jauh dengan watak reformis selepas menjadi perdana menteri.

“Kuasa jangan sampai melupakan batas sempadan akhlak dan tatasusila, katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS